Sedang mencari kereta sedan tempatan yang berpatutan sebagai kereta pertama anda? Banyak habiskan masa buat kajian namun masih buntu? Jangan risau, kami faham. Mari kami bandingkan Proton Saga dengan Perodua Bezza dulu.


Bagi sesetengah pihak, kereta merupakan satu keperluan berbanding kemahuan. Penting untuk mengutamakan ciri ciri seperti keselesaan, keselamatan dan ketahanan untuk kegunaan harian. 

So, Saga vs Bezza

saga vs bezza – yang mana satu lebih baik?

Yang mana satu pilihan terbaik bagi mereka yang mencari kenderaan pertama? Bagi mereka yang baru mula bekerja dan sedang mencari kereta sedan keluaran tempatan sebagai kereta pertama, Perodua Bezza 2020 dan Proton Saga 2019 merupakan pilihan yang terbaik berdasarkan spesifikasi dan harga yang ditawarkan.

Untuk perbandingan kali ini, kami akan membandingkan kedua jentera ini mengikut spesifikasi mereka yang tertinggi dalam keluaran mereka, iaitu Proton Saga 1.3 Premium dan Perodua Bezza 1.3 AV. 

1. Harga
saga vs bezza – yang mana satu lebih baik?

Bagi Perodua Bezza 1.3 AV, harganya agak lebih mahal berbanding pesaingnya, Saga dengan RM48,356. Sementara itu, Proton Saga 1.3 Premium hanya bernilai RM 39,800. Perbezaan RM8000 lebih tu besar juga kalau nak dikira dalam ekonomi masa kini. Namun anda boleh mendapatkan kedua model ini dengan harga yang lebih murah. Tetapi, spesifikasinya tak kelas pertama la. Tepuk dada, tanya selera mengikut spesifikasi yang anda mahu. 

2. Spesifikasi

saga vs bezza – yang mana satu lebih baik?

Model  Saga   Bezza 
Jenis Enjin 1.3 Liter, 16 Valve DOHC, VVT 1.3 liter, 1NR-VE
Injap DOHC dengan DUAL VVT DOHC dengan DUAL VVT-i
Anjakan (cc) 1332 1329
Silinder 4 4
Transmisi 4 Kelajuan Auto 4 Kelajuan Auto
Tangki minyak (liter) 40 36
Output maksimum 95 PS / 70kw / 5,750rpm 95 PS / 70kw / 6,000rpm
Tork Maksimum 120nm / 4,000rpm 121nm / 4,000rpm

saga vs bezza – yang mana satu lebih baik?

Kalau kita lihat berdasarkan dari segi enjin dan prestasi, tak banyak beza pun sebenarnya. Perodua Bezza menghasilkan 1 Nm tork lebih dibandingkan dengan Proton Saga tapi kami tak pasti walaupun anda pelumba Formula 1 seperti Lewis Hamilton yang anda dapat merasakan perbezaan tork itu di atas jalan. 

saga vs bezza – yang mana satu lebih baik?

Yang lebihnya pada Perodua Bezza 2020 ni, jimat minyak! Bezza merupakan kenderaan tempatan jimat tenaga (EEV) pertama yang menampilkan ciri auto start – stop. Dengan sistem Eco Idle, penggunaan minyak pada Bezza adalah lebih jimat dengan 4.5-liter/100 km ataupun 22 km/liter berbanding Saga dengan hanya 6.7-liter/100 km atau 14.9 km/liter.

3. Keselamatan

saga vs bezza – yang mana satu lebih baik?

Sebenarnya point keselamatan ni patut diletakkan di nombor satu, bukannya nombor tiga sebab safety is important!

Tapi walau apa apa pun, dalam kategori ini, Bezza memang juara. Kenapa? Sebab Bezza ada Advance Safety Assist 2.0. Apa ASA tu? 2.0 pulak tu? Akan datang ada 3.0 ke?

Kita terangkan satu per satu. Dalam bahasa mudah, sepasang kamera telah dipasangkan di cermin depan bagi mengesan halangan di bahagian hadapan kereta. Bila ada halangan, kereta ini akan memberikan Amaran Pra-Pelanggaran kepada pemandu. Bagaimana? Dengan memberikan amaran bunyi. Bukan itu sahaja, kereta ini turut akan mengaktifkan Brek Pra-Pelanggaran apabila system mengesan ada risiko pelanggaran.

Kalau tertekan minyak dengan kuat secara tak sengaja, ASA 2.0 akan mengambil alih sistem kereta anda dan menghentikan kereta daripada melompat dan menghentam dinding di hadapan. Untuk orang yang kelam kabut dan gelabah, sistem ini amat berguna! Kadang kadang kita mengelamun sebab lampu isyarat lama sangat nak tukar hijau, kita hilang focus terhadap kereta depan yang dah lama jalan. Dengan ASA 2.0, selepas berhenti di lampu isyarat, kalau kereta yang berada dalam lingkungan 10m di hadapan dah jalan, kereta akan memberi amaran kepada pemandu. 

Yang jelas Proton Saga agak ketinggalan dalam aspek kesalamatan dibandingkan dengan Perodua Bezza. Saga mempunyai ciri keselamatan asas yang sama seperti Bezza seperti ABS, EBD, VSC dan Brake Assist. Perodua dah guna ASA 2.0 ni pada jentera keluaran mereka pada harga mampu milik. Hebat!

4. Design (dalaman dan luaran)

saga vs bezza – yang mana satu lebih baik?

Kalau nak cerita tentang design, ia merupakan sesuatu yang subjektif. Apa yang cantik dimata kita tak semestinya cantik dimata orang lain.

saga vs bezza – yang mana satu lebih baik?

Dari segi luaran, Bezza kelihatan agak sedikit tegap dan tinggi berbanding Saga. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Bezza menerima penambah baikan ataupun ‘Facelift’ tahun lepas. Dalam versi ini, Bezza tampil dengan lampu LED hadapan yang baru, bumper dan gril baru (depan dan belakang), rim aluminium dwi tona bersaiz 15 inci baru. Pendek kata memang lebih baik la daripada design Bezza sebelum ini. Untuk Saga pula, model ini tiba dengan bumper dan gril (depan dan belakang) yang baru dan LED Daytime Running Lights. 

saga vs bezza – yang mana satu lebih baik?

Dari segi dalaman, Bezza menampilkan ciri ciri yang lebih moden berbanding Saga. Bezza menggunakan kunci (keyless), dilengkapi dengan tempat duduk kulit yang selesa yang disertakan bersama penyangkut beg. Namun untuk Proton Saga, ia masih menggunakan kunci. Tetapi, untuk keselesaan dalaman secara keseluruhan, Proton Saga mendahului dengan tempat duduk bersaiz penuh yang disediakan di bahagian hadapan dan bunyi enjin yang lebih senyap.

saga vs bezza – yang mana satu lebih baik?

Yang lagi penting, stereng Saga boleh dilaraskan mengikut ketinggian yang anda mahu. Bezza hanya mampu melihat kerana ia tidak hadir dengan kelebihan tersebut. Sekali lagi diingatkan, keselesaan itu bergantung kepada individu itu juga. Jadi pergilah test drive kedua-dua kereta ini sebelum memilih!

Model Saga Bezza
Panjang (mm)        4,331     4,170   
Lebar (mm) 1,689 1,620
Tinggi (mm) 1,491 1,525
Berat (kg) 1,065   940

saga vs bezza – yang mana satu lebih baik?

Jika kita berkata tentang kereta sedan, keluasan but belakang semestinya menjadi keutamaan. Bezza mempunyai keluasan sebanyak 508 liter, jauh lebih baik berbanding Saga dengan 420 liter. Kalau ada banyak barang untuk diisi, Bezza merupakan pilihan terbaik. Tetapi jika keselesaan dan keluasan tempat duduk menjadi pilihan utama anda, pilihlah Saga.

saga vs bezza – yang mana satu lebih baik?

Jadi kesimpulannya, kedua duanya merupakan model yang baik yang boleh anda dapati dengan harga yang berpatutan. Jika anda ingin membeli kereta pertama dan mendaftar sebagai pemandu Grab, Bezza amatlah berguna dengan sistem keselamatan ASA 2.0 mereka dan lebih menjimatkan minyak. Ini menjelaskan kenapa harga Bezza agak sedikit mahal berbanding Saga. Namun, kawalan pemanduannya turut kurang baik berbanding Proton Saga dimana handling tersohor Proton menyerlah. 

Sistem audio (Android) yang jauh lebih baik turut menambah lagi keselesaan Saga. Kekurangannya? Tiada ASA 2.0 dan ruang simpanan belakang yang kecil berbanding Bezza. Tapi harganya juga jauh lebih murah!

Persoalannya, sedan mana yang menjadi pilihan hati anda? Renung-renungkan dan selamat memilih!

For more latest car news, reviews, car buying guides and videos visit us at Carlist.my Auto News. Check out all the best new & used car deals in Malaysia at Carlist.my. Sell your car fast with the best offer? Visit us at CarlistBid.my.
Get the latest new car promotions at New Car website now.

TECH NEWS RELATED

‘Vendetta’ Review

Stars: Clive Standen, Bruce Willis, Theo Rossi, Thomas Jane, Jackie Moore, Mike Tyson, Maddie Nichols, Derek Russo, Kurt Aue, Randy Gonzalez, Lauren Buglioli, Jesse O’Neill, Cabot Basden | Written and Directed by Jared Cohn Who doesn’t love a good revenge/vigilante movie? Death Wish, Rolling Thunder, The Exterminator, Vigilante, Walking the ...

View more: ‘Vendetta’ Review

Lincoln Aviator EV launch postponed: Report [Update]

Update: ‘Lincoln Aviator electric design’ section added and ‘Lincoln Aviator sales continue falling’ and ‘Lincoln EV strategy’ sections updated. In August 2021, Automotive News published a report stating that Lincoln plans to launch the Aviator Electric (formally confirmed in May 2021) in 2023. An update from Automotive News then suggested ...

View more: Lincoln Aviator EV launch postponed: Report [Update]

CARS Tour Notes: A Trip To Franklin County Speedway

CALLAWAY, Va. — The Solid Rock Carriers CARS Tour is set for Franklin County Speedway for the AutosByNelson.com 225 following a one-year hiatus. The late model stock car division will be joined by the pro late model tour, which is running its first race since the Puryear 225 at ...

View more: CARS Tour Notes: A Trip To Franklin County Speedway

Final Fantasy VII News Coming In June For 25th Anniversary

Perhaps part 2 of the remake will be revealed.

View more: Final Fantasy VII News Coming In June For 25th Anniversary

Marvel Signs Deal To Keep Using Stan Lee's Likeness For 20 Years

How to turn on the black background interface on Instagram

After a long time for users to wait, now Instagram has officially supported dark background mode (Dark Mode) on both the most popular operating systems today, Android and iOS, the black background interface on Instagram promises to bring users of this social network the best experience. refreshing and at the ...

View more: How to turn on the black background interface on Instagram

Amazon’s new Fire 7 launched as a super-cheap alternative to an iPad mini

Plus there's a new Amazon Fire 7 Kids

View more: Amazon’s new Fire 7 launched as a super-cheap alternative to an iPad mini

Review: 2022 Ford Escape Plug-In Hybrid lacks Lightning allure

Ford knows plug-in hybrids well. Nearly a decade ago it offered a smart set of Energi models proving that drivers were eager to plug in. With a Fusion sedan and C-Max hatchback, those Energi products were the perfect on-ramp for the electric vehicles we assumed would follow in greater ...

View more: Review: 2022 Ford Escape Plug-In Hybrid lacks Lightning allure

Lenovo Tab P12 Pro review

Are Party Buses a Good Investment?

Garmin’s Latest Cycling Accessory Combines Three Products Into One

Porsche Taycan Turbo S, 911 Turbo S Receive Brawny Brabus Makeovers

Samsung SmartThings Is the First Testing Ground for Matter

6 Reasons to Crate Your Dog in the Car

CoinCorner Launches NFC-Enabled Bitcoin Card Powered by Lightning Network

Tesla to get boost in China as officials ponder EV subsidies extension after 2022: report

Enable dark mode for Gmail on Android and iOS phones

Marvel Studios' She-Hulk: Attorney at Law stomps into the Disney+ courtroom on 17 Aug

Moto Guzzi To Celebrate 100th Anniversary In Italy In September, 2022

Karam: Early Indy 500 practice pace ‘a breath of fresh air’

OTHER TECH NEWS

Top Car News Car News